* Waktu Malaysia
![]() |
south africa | 0 | 29 Jun, 3:00 a.m. |
![]() |
canada | 1 |
![]() |
brazil | 2 | 30 Jun, 1:00 a.m. |
![]() |
japan | 1 |
![]() |
germany | 1(3) | 30 Jun, 4:30 a.m. |
![]() |
paraguay | 1(4) |
![]() |
netherlands | 1(2) | 30 Jun, 9:00 a.m. |
![]() |
morocco | 1(3) |
![]() |
ivory coast | 1 | 1 Jul, 1:00 a.m. |
![]() |
norway | 2 |
![]() |
france | 3 | 1 Jul, 5:00 a.m. |
![]() |
sweden | 0 |
![]() |
mexico | 2 | 1 Jul, 10:00 a.m. |
![]() |
ecuador | 0 |
![]() |
england | 2 | 2 Jul, 12:00 a.m. |
![]() |
dr congo | 1 |
![]() |
belgium | 3 | 2 Jul, 4:00 a.m. |
![]() |
senegal | 2 |
![]() |
usa | 2 | 2 Jul, 7:30 p.m. |
![]() |
bosnia and herzegovina | 0 |
![]() |
spain | 3 | 3 Jul, 3:00 a.m. |
![]() |
austria | 0 |
![]() |
portugal | 2 | 3 Jul, 7:00 a.m. |
![]() |
croatia | 1 |
![]() |
switzerland | 2 | 3 Jul, 11:00 a.m. |
![]() |
algeria | 0 |
![]() |
australia | 1(2) | 4 Jul, 2:00 a.m. |
![]() |
egypt | 1(4) |
![]() |
argentina | 3 | 4 Jul, 6:00 a.m. |
![]() |
cabo verde | 2 |
![]() |
colombia | 1 | 4 Jul, 9:30 a.m. |
![]() |
ghana | 0 |
![]() |
canada | 0 | 5 Jul, 1:00 a.m. |
![]() |
morocco | 3 |
![]() |
paraguay | 0 | 5 Jul, 5:00 a.m. |
![]() |
france | 1 |
![]() |
brazil | 1 | 6 Jul, 4:00 a.m. |
![]() |
norway | 2 |
![]() |
mexico | 2 | 6 Jul, 8:00 a.m. |
![]() |
england | 3 |
![]() |
portugal | 0 | 7 Jul, 3:00 a.m. |
![]() |
spain | 1 |
![]() |
usa | 1 | 7 Jul, 8:00 a.m. |
![]() |
belgium | 4 |
![]() |
argentina | 3 | 8 Jul, 12:00 a.m. |
![]() |
egypt | 2 |
![]() |
switzerland | 0(4) | 8 Jul, 4:00 a.m. |
![]() |
colombia | 0(3) |
![]() |
france | 2 | 10 Jul, 4:00 a.m. |
![]() |
morocco | 0 |
![]() |
spain | 2 | 11 Jul, 3:00 a.m. |
![]() |
belgium | 1 |
![]() |
norway | 12 Jul, 5:00 a.m. | |
![]() |
england |
![]() |
argentina | 12 Jul, 9:00 a.m. | |
![]() |
switzerland |
![]() |
france | 15 Jul, 3:00 a.m. | |
![]() |
spain |
![]() |
TBD | 16 Jul, 3:00 a.m. | |
![]() |
TBD |
![]() |
TBD | 20 Jul, 3:00 a.m. | |
![]() |
TBD |
Merino Sekali Lagi Muncul Wira, Bawa Sepanyol Ke Separuh Akhir Selepas 16 Tahun
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Pemain gantian Mikel Merino sekali lagi muncul wira Sepanyol apabila jaringannya pada babak kedua memastikan juara dunia 2010 itu mara ke separuh akhir Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Belgium 2-1 di Stadium Los Angeles, California, pada Jumaat.
Merino, yang menjaringkan gol kemenangan ketika Sepanyol menewaskan Portugal 1-0 pada pusingan 16 terakhir Isnin lepas, sekali lagi muncul wira apabila meledak gol kemenangan untuk membawa La Roja ke separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun.
Sepanyol yang bermula dengan baik menguasai sebahagian besar permainan hampir memperoleh jaringan pertama pada minit ke-21 menerusi pemain muda sensasi berusia 18 tahun Lamine Yamal, namun percubaan itu sekadar melewati palang gol.
Selepas rehat hidrasi, pemain tengah Fabian Ruiz meletakkan skuad kendalian Luis de la Fuente di hadapan pada minit ke-30 apabila menyambar bola muntah selepas penjaga gol Belgium Thibaut Courtois menepis percubaan pemain sayap Dani Olmo.
Courtois, 34, mempamerkan aksi cemerlang menyelamatkan gawang Belgium apabila menafikan sepakan percuma Yamal pada minit ke-35.
Gawang Sepanyol akhirnya dibolosi buat kali pertama pada kempen Piala Dunia kali ini pada minit ke-41 menerusi tandukan Charles De Ketelaere yang menewaskan penjaga gol, Unai Simon, selepas menerima hantaran lintang Timothy Castagne.
Belgium, yang dibimbing jurulatih dari Perancis Rudi Garcia, hampir mendahului selepas 10 minit babak kedua bermula, namun percubaan pemain pertahanan Maxim De Cuyper sedikit tersasar.
Courtois terus mengecewakan Sepanyol apabila melakukan dua aksi menyelamat berturut-turut dalam tempoh seminit untuk menafikan percubaan Yamal dan penyerang Mikel Oyarzabal, sebelum terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan dan digantikan dengan penjaga gol Manchester United Senne Lammens pada minit ke-71.
Merino yang dimasukkan menyambar peluang terbaik untuk meledak gol kemenangan selepas Lammens gagal menangkap kemas bola rembatan Pau Cubarsi pada minit ke-88.
Kemenangan itu menyaksikan Sepanyol menempah pertemuan separuh akhir menentang Perancis di Dallas, Rabu ini.
Piala Dunia FIFA 2026 yang dianjurkan bersama Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat membabitkan 48 pasukan, merupakan edisi terbesar dalam sejarah kejohanan bola sepak dunia sejak penganjuran sulung di Uruguay pada 1930.
Piala Dunia FIFA 2026 yang membuka tirai pada 11 Jun lepas, berlangsung hingga 19 Julai ini.
-- BERNAMA
Piala































