* Waktu Malaysia

south africa 0 29 Jun, 3:00 a.m.
canada 1
brazil 2 30 Jun, 1:00 a.m.
japan 1
germany 1(3) 30 Jun, 4:30 a.m.
paraguay 1(4)
netherlands 1(2) 30 Jun, 9:00 a.m.
morocco 1(3)
ivory coast 1 1 Jul, 1:00 a.m.
norway 2
france 3 1 Jul, 5:00 a.m.
sweden 0
mexico 2 1 Jul, 10:00 a.m.
ecuador 0
england 2 2 Jul, 12:00 a.m.
dr congo 1
belgium 3 2 Jul, 4:00 a.m.
senegal 2
usa 2 2 Jul, 7:30 p.m.
bosnia and herzegovina 0
spain 3 3 Jul, 3:00 a.m.
austria 0
portugal 2 3 Jul, 7:00 a.m.
croatia 1
switzerland 2 3 Jul, 11:00 a.m.
algeria 0
australia 1(2) 4 Jul, 2:00 a.m.
egypt 1(4)
argentina 3 4 Jul, 6:00 a.m.
cabo verde 2
colombia 1 4 Jul, 9:30 a.m.
ghana 0
canada 0 5 Jul, 1:00 a.m.
morocco 3
paraguay 0 5 Jul, 5:00 a.m.
france 1
brazil 1 6 Jul, 4:00 a.m.
norway 2
mexico 2 6 Jul, 8:00 a.m.
england 3
portugal 0 7 Jul, 3:00 a.m.
spain 1
usa 1 7 Jul, 8:00 a.m.
belgium 4
argentina 3 8 Jul, 12:00 a.m.
egypt 2
switzerland 0(4) 8 Jul, 4:00 a.m.
colombia 0(3)
france 2 10 Jul, 4:00 a.m.
morocco 0
spain 2 11 Jul, 3:00 a.m.
belgium 1
norway 1 12 Jul, 5:00 a.m.
england 2
argentina 3 12 Jul, 9:00 a.m.
switzerland 1
france 0 15 Jul, 3:00 a.m.
spain 2
england 1 16 Jul, 3:00 a.m.
argentina 2
spain 1 20 Jul, 3:00 a.m.
argentina 0

Kekalahan 6-4 Tutup Era 14 Tahun Deschamps Bersama Perancis

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Semi Final - France v Spain - Dallas Stadium, Arlington, Texas, U.S. - July 14, 2026 France coach Didier Deschamps looks dejected after the match as France are eliminated from the World Cup REUTERS/Lee Smith
19/07/2026 04:01 PM

MIAMI, 19 Julai (Bernama-dpa) -- Didier Deschamps menamatkan khidmatnya sebagai pengendali Perancis dengan kekecewaan selepas Les Bleus tewas 6-4 kepada England dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Perancis ketinggalan 4-0 pada separuh masa pertama sebelum bangkit merapatkan jurang kepada satu gol, dengan Kylian Mbappé meledak dua jaringan untuk muncul penjaring terbanyak sepanjang sejarah Piala Dunia.

Bagaimanapun, England kembali menemui rentak pada penghujung perlawanan untuk memastikan kemenangan.

“Kami tewas. Kami ketinggalan 4-0 dan mempamerkan aksi separuh masa pertama yang memalukan.

“Namun, kami tetap menunjukkan semangat juang dan ada beberapa perkara yang dilakukan dengan baik. 

"Kami mempunyai dua peluang untuk menyamakan kedudukan 4-4 sebelum terus mara ke hadapan.

“Kami melakukan apa yang kami tahu. 

“Ini salah saya. Mungkin saya tidak melakukan apa yang sepatutnya pada separuh masa pertama.

“Sekurang-kurangnya kami menunjukkan tindak balas, walaupun kekalahan ini tetap menyakitkan. 

"Sudah tentu, lebih baik sekiranya kami menamatkan kejohanan di tempat ketiga,” katanya.

Deschamps akan melepaskan jawatan selepas 14 tahun mengendalikan Perancis, tempoh yang menyaksikan beliau membawa pasukan itu menjuarai Piala Dunia 2018 dan mara ke final edisi 2022.

Hasratnya untuk membawa Les Bleus ke final buat kali ketiga berturut-turut tidak kesampaian selepas Perancis tewas 2-0 kepada Sepanyol pada separuh akhir.

England pula tewas 2-1 kepada juara bertahan Argentina pada peringkat sama.

“Kami datang ke sini dengan cita-cita tinggi dan berjaya melakukan banyak perkara positif.

“Kami gagal ketika menentang Sepanyol, tetapi bukan semuanya sia-sia. 

"Kami mempunyai skuad berkualiti serta pemain muda yang akan terus berkembang.

“Kami mempunyai bakat untuk terus mencatat keputusan yang sangat baik,” kata Deschamps.

Beliau turut menyifatkan perjalanan bersama pasukan itu sebagai sesuatu yang cukup bermakna.

“Secara peribadi, perjalanan bersama mereka benar-benar indah. Kami menghabiskan lapan minggu bersama sejak persiapan bermula dan ia satu pengalaman yang sangat istimewa.

“Kekecewaan hanya dari sudut pencapaian di atas padang, tetapi kami berjaya mencetuskan emosi yang turut dirasai jutaan rakyat Perancis,” katanya.

Sementara itu, Mbappé berkata pemain Perancis mahu menghadiahkan kemenangan kepada Deschamps dan kecewa kerana gagal berbuat demikian.

“Separuh masa pertama memberi gambaran seolah-olah kami mengecewakannya, sedangkan itu langsung bukan apa yang kami mahukan.

“Perlawanan ini tidak akan mencemarkan legasi Didier Deschamps,” katanya.

-- BERNAMA-dpa