* Waktu Malaysia

south africa 0 29 Jun, 3:00 a.m.
canada 1
brazil 2 30 Jun, 1:00 a.m.
japan 1
germany 1(3) 30 Jun, 4:30 a.m.
paraguay 1(4)
netherlands 1(2) 30 Jun, 9:00 a.m.
morocco 1(3)
ivory coast 1 1 Jul, 1:00 a.m.
norway 2
france 3 1 Jul, 5:00 a.m.
sweden 0
mexico 2 1 Jul, 10:00 a.m.
ecuador 0
england 2 2 Jul, 12:00 a.m.
dr congo 1
belgium 3 2 Jul, 4:00 a.m.
senegal 2
usa 2 2 Jul, 7:30 p.m.
bosnia and herzegovina 0
spain 3 3 Jul, 3:00 a.m.
austria 0
portugal 2 3 Jul, 7:00 a.m.
croatia 1
switzerland 2 3 Jul, 11:00 a.m.
algeria 0
australia 1(2) 4 Jul, 2:00 a.m.
egypt 1(4)
argentina 3 4 Jul, 6:00 a.m.
cabo verde 2
colombia 1 4 Jul, 9:30 a.m.
ghana 0
canada 0 5 Jul, 1:00 a.m.
morocco 3
paraguay 0 5 Jul, 5:00 a.m.
france 1
brazil 1 6 Jul, 4:00 a.m.
norway 2
mexico 2 6 Jul, 8:00 a.m.
england 3
portugal 0 7 Jul, 3:00 a.m.
spain 1
usa 1 7 Jul, 8:00 a.m.
belgium 4
argentina 3 8 Jul, 12:00 a.m.
egypt 2
switzerland 0(4) 8 Jul, 4:00 a.m.
colombia 0(3)
france 2 10 Jul, 4:00 a.m.
morocco 0
spain 2 11 Jul, 3:00 a.m.
belgium 1
norway 1 12 Jul, 5:00 a.m.
england 2
argentina 3 12 Jul, 9:00 a.m.
switzerland 1
france 0 15 Jul, 3:00 a.m.
spain 2
england 1 16 Jul, 3:00 a.m.
argentina 2
spain 1 20 Jul, 3:00 a.m.
argentina 0

Malaysia Catat Pencapaian Terburuk Piala Dunia Di Tangga Tercorot

Credit: FB Malaysian Hockey Confederation
28/08/2026 08:16 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia melakar pencapaian terburuk dalam sejarah penyertaan di Piala Dunia Hoki Lelaki apabila skuad Speedy Tigers menamatkan kempen edisi 2026 di tangga tercorot selepas tewas 1-2 kepada Wales menerusi penentuan pukulan penalti di Belgium hari ini.

Pada aksi penentuan tempat ke-15 dan ke-16 di Arena Hoki Belfius, kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa penuh perlawanan sebelum kedudukan ditentukan menerusi penalti shoot-out.

Malaysia, yang menghuni ranking ke-14 dunia, menerima tamparan awal apabila Wales, pasukan di ranking ke-18 dunia, membuka jaringan menerusi gol padang Benjamin Francis pada minit ke-29 sebelum Faizal Saari menyamakan kedudukan pada minit ke-41.

Akhimullah Anuar Esook kemudian meletakkan Malaysia di depan menerusi jaringan pada minit ke-52, namun kelebihan itu hanya bertahan seminit apabila Liam Barker kembali menyamakan kedudukan buat Wales.

Dalam penentuan pukulan penalti, Fitri Saari muncul penjaring tunggal skuad kendalian Brendon Carolan, manakala Jolyon Morgan dan Jack Pritchard masing-masing menyempurnakan pukulan untuk Wales bagi memastikan kemenangan 2-1.

Malaysia sebelum ini menamatkan saingan di tempat ke-15 pada edisi 2018 dan ke-14 pada edisi 2023, yang kedua-duanya berlangsung di India.

-- BERNAMA