* Waktu Malaysia

south africa 0 29 Jun, 3:00 a.m.
canada 1
brazil 2 30 Jun, 1:00 a.m.
japan 1
germany 1(3) 30 Jun, 4:30 a.m.
paraguay 1(4)
netherlands 1(2) 30 Jun, 9:00 a.m.
morocco 1(3)
ivory coast 1 1 Jul, 1:00 a.m.
norway 2
france 3 1 Jul, 5:00 a.m.
sweden 0
mexico 2 1 Jul, 10:00 a.m.
ecuador 0
england 2 2 Jul, 12:00 a.m.
dr congo 1
belgium 3 2 Jul, 4:00 a.m.
senegal 2
usa 2 2 Jul, 7:30 p.m.
bosnia and herzegovina 0
spain 3 3 Jul, 3:00 a.m.
austria 0
portugal 2 3 Jul, 7:00 a.m.
croatia 1
switzerland 2 3 Jul, 11:00 a.m.
algeria 0
australia 1(2) 4 Jul, 2:00 a.m.
egypt 1(4)
argentina 3 4 Jul, 6:00 a.m.
cabo verde 2
colombia 1 4 Jul, 9:30 a.m.
ghana 0
canada 0 5 Jul, 1:00 a.m.
morocco 3
paraguay 0 5 Jul, 5:00 a.m.
france 1
brazil 1 6 Jul, 4:00 a.m.
norway 2
mexico 2 6 Jul, 8:00 a.m.
england 3
portugal 0 7 Jul, 3:00 a.m.
spain 1
usa 1 7 Jul, 8:00 a.m.
belgium 4
argentina 3 8 Jul, 12:00 a.m.
egypt 2
switzerland 0(4) 8 Jul, 4:00 a.m.
colombia 0(3)
france 2 10 Jul, 4:00 a.m.
morocco 0
spain 2 11 Jul, 3:00 a.m.
belgium 1
norway 1 12 Jul, 5:00 a.m.
england 2
argentina 3 12 Jul, 9:00 a.m.
switzerland 1
france 0 15 Jul, 3:00 a.m.
spain 2
england 1 16 Jul, 3:00 a.m.
argentina 2
spain 1 20 Jul, 3:00 a.m.
argentina 0

Jaringan Lopes Cabral dinobat Gol Terbaik Piala Dunia 2026

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Round of 32 - Argentina v Cape Verde - Miami Stadium, Miami Gardens, Florida, U.S. - July 3, 2026 Cape Verde's Sidny Lopes Cabral celebrates scoring their second goal REUTERS/Paul Childs
28/07/2026 01:36 PM

GENEVA, 28 Julai (Bernama-Xinhua) -- Jaringan menakjubkan pemain Cape Verde Sidny Lopes Cabral ketika menentang Argentina pada aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 dipilih sebagai Gol Terbaik Kejohanan, umum FIFA pada Isnin, lapor Xinhua.

Pasukan dari Afrika itu mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas kedudukan terikat 1-1 tamat 90 minit permainan.

Lisandro Martinez kemudian meletakkan Argentina di hadapan sebelum Lopes Cabral menyamakan kedudukan pada minit ke-103.

Bek kiri Cape Verde yang menerima bola di sebelah kiri berjaya melepasi kawalan Alexis Mac Allister sebelum melepaskan rembatan lencong kaki kanan tepat ke penjuru atas gawang, menewaskan Emiliano Martinez.

“Ia benar-benar sukar dipercayai,” kata Lopes Cabral kepada FIFA.

“Ini satu penghormatan yang amat besar dan pengiktirafan yang diimpikan oleh setiap pemain. Saya amat berterima kasih kepada semua yang mengundi gol saya sebagai yang terbaik dalam kejohanan ini.”

Argentina akhirnya memenangi perlawanan dramatik itu menerusi tandukan Cristian Romero.

Gol pemain Uzbekistan Eldor Shomurodov dan pemain Haiti Wilson Isidor masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Lopes Cabral menyertai Maxi Rodriguez, Diego Forlan, James Rodriguez, Benjamin Pavard dan Richarlison sebagai pemenang anugerah itu sebelum ini.

-- BERNAMA-XINHUA